Bendi (hibiscus esculatus), adalah sejenis sayuran yang berasal dari Afrika dan sesuai ditanam dikawasan yang beriklim tropika dan berhawa sederhana seperti di Malaysia. Dua varieti bendi yang paling popular iaitu bersegi lima dan tujuh. Salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk Malaysia ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Berikut adalah panduan untuk menanam kacang bendi.
Amalan Kultur
Faktor Tanah
Toleran terhadap kebanyakan jenis tanah termasuk tanah gambut, tanah liat, tanah lembah sungai yang bersaliran baik dan tanah pasir.
Sifat Tanah
|
Sesuai
|
Sederhana Sesuai
| |
1
|
Kecerunan
|
0 – 6 darjah
|
(6 – 12 darjah)
|
2
|
Saliran
|
Tak sempurna salir-salir
|
(kurang salir dan agak sangat salir – sangat salir)
|
3
|
Kedalaman tanah yang berkesan
|
> 50 cm
|
(20 – 50 cm)
|
4
|
Tekstur dan struktur
|
Selain dari pasir tak berstruktur dan lempung
|
pasir tak berstruktur dan lempung
|
5
|
Kemasinan
|
< 1 mmhos
|
(1 – 2 mmhos)
|
6
|
Kedalaman lapisan asid sulfat
|
> 50 cm
|
(0 – 50 cm)
|
7
|
Ketebalan gambut
|
Tidak menghalang
| |
8
|
Keberbatuan
|
Tiada halangan pada 25 cm kedalaman tanah
| |
9
|
Ketidak seimbangan unsur
|
Tiada keracunan kelebihan mikro nutrien dan CEC rendah
|
CEC rendah
|
Faktor-faktor Tanah dan Kesesuaian Untuk Tanaman Bendi
Penyediaan Anak Benih
- Gunakan biji benih yang bermutu tinggi dengan kadar 3kg biji benih sehektar.
- Rawat biji benih dengan racun kulat captan dengan kadar 15g/10 kg benih.
Penyediaan kawasan
- Bagi kawasan yang baru dibuka, bajak 2x pusingan.
- Batas : lebar 1.2 – 1.5 m x tinggi 0.3 m.
- pH tanah kurang daripada 5.0 perlu dikapur.
- Pengapuran guna GML (Ground Magnesium Limestone) semasa kerja-kerja pembajakan dijalankan.
- Pada amnya tanah-tanah mineral memerlukan pengapuran 3 – 5 mt/ha untuk menaikkan 1 unit pH tanah.
- Penanaman di Ladang
- 2 biji benih dalam satu lubang sedalam 2 cm dengan jarak 90 cm antara pokok dan 1.5 m antara barisan.
- Selepas 10 hari / setinggi 5 cm, lakukan penjarangan.
- Tinggal satu pokok paling sihat sahaja bagi selubang dan sulam jika perlu.
PEMBAJAAN
Jenis Tanah
|
Jenis Baja
|
Kadar pembajaan (mt/ha/musim)
|
Masa (MLT)
|
Cara
|
1. Bris(beach ridges interspersed with swales) a. Siri Rudua | tahi ayam NPK blue Special12:12:17:2 |
10
1.0 |
1*
2, 6, 10 & 14 | gaul dalam tanah keliling pokok |
b. Siri Baging | tahi ayam 12:12:17:2 |
30
2.0 |
1*
2, 6, 10 & 14 | gaul dalam tanah keliling pokok |
2. Bekas Lombong | tahi ayam 12:12:17:2 |
30
2.0 |
1*
2, 6, 10 & 14 | gaul dalam tanah keliling pokok |
3. Tanah Gambut | 12:12:17:2 |
1.2
|
2, 6 & 12
| keliling pokok |
4. Tanah Mineral | tahi ayam 12:12:17:2 |
5
1.0 |
1*
2, 6, 10 & 14 | gaul dalam tanah keliling pokok |
Nota
| MLT : Minggu Selepas Tanam * : Minggu Sebelum Tanam |
Pengurusan Air
- Siram/ sistem pengairan renjis.
- Siram sekali sehari pada waktu petang.
- Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah.
- Perparitan perlu bagi yang mempunyai masalah saliran.
SUNGKUPAN
- Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering ataupun kepingan plastik bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan tanah.
MEMANGKAS
- Setelah semua hasil dipetik, pokok perlu di pangkas setinggi 40 cm hingga 60 cm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua.
- Empat hingga lima tunas baru di biarkan menbesar selepas pemangkasan.
- Pemangkasan diikuti dengan pembajaan.
KAWALAN MUSUH DAN PENYAKIT
- Musuh utama: ulat pengorek dan kepinding buah. Rawatan: racun serangga Diazinon.
- Penyakit utama: bintik daun yang terdapat pada daun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Rawatan:racun kulat Benomyl.
PENUAIAN
- Potong buah 2 cm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah.
- Penuaian mula dilakukan ketika:
- 50-55 hari selepas menanam
- 5 – 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebungaan
- Buah 10 – 12 cm panjang (masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan belum berpulur)
- Hasil dikutip setiap 2 hari sekali sehingga 8 minggu. Hasil di anggarkan 10 tan- 15 tan sehektar
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
- Kumpulkan ditempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul ( plastik atau buluh) yang telah di alas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang.
- Ia hanya boleh di simpan selama 2 hingga 3 hari tanpa dibungkus dengan plastik
PENGGREDAN
Klasifikasi
|
Ciri-ciri
|
Saiz
|
Mempunyai panjang antara 10 – 12 cm
|
Bentuk
|
Lurus dan bilangan segi seragam
|
Warna
|
Warna yang seragam samada hijau atau hijau muda
|
Tekstur
|
Rapuh dan tidak berserabut
|
Keadaan
|
Bebas daripada sebarang perosak dan tiada kerosakan mekanikal
|
No comments:
Post a Comment